Love Live! Sunshine!!

Love Live! Sunshine!! (ラブライブ! サンシャイン!!, Rabu Raibu! Sanshain!!) ialah sebuah projek multimedia Jepun yang ditubuhkan oleh Dengeki G's Magazine daripada ASCII Media Works, label muzik Lantis, dan studio animasi Sunrise. Projek ini merupakan sambungan siri Love Live! dan mengisahkan sebuah kumpulan pelajar sekolah yang ingin menjadi idola untuk menyelamatkan sekolah mereka daripada ditutup. Siri ini disiarkan pada bulan April 2015 bersama-sama CD lagu dan video muzik anime, diikuti sebuah siri versi manga pada tahun 2016. Sebuah siri televisyen anime yang mengandungi 13 episod ini diarah oleh Kazuo Sakai dan dihasilkan oleh Sunrise telah disiarkan antara bulan Julai dan September 2016. Musim kedua anime ini telah mula disiarkan pada bulan Oktober 2017.